Objektif
- Memilih bahan, menyediakan, memasak, menghias, menghidangkan dan mengepek cold dessert untuk masakan barat
- Mengenalpasti dan menyatakan pelbagai jenis cold dessert untuk masakan barat.
- Mengamalkan sikap professional dan nilai murni semasa penyediaan dessert dalam masakan barat.
Dessert ialah hidangan manis yang dihidangkan pada akhir
hidangan utama atau sesuatu sajian makanan seperti makan tengah hari atau
selepas makan malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan lagi hidangan itu. Semasa
cuaca panas, dessert sejuk atau dessert dingin beku sangat sesuai dihidangkan
terutama selepas makan tengah hari. Dessert juga boleh dipamerkan atau
diperagakan di atas troli. Cara ini dapat memberi peluang kepada pelanggan
untuk memilih dessert yang disukai.
Tujuan dessert dihidangkan:
- Menyeimbangkan hidangan
- Memberi pelbagai warna pada hidangan
- Menghilangkan rasa muak
Cold Dessert
Cara penyimpanan Cold Dessert
Dessert sejuk perlu ditutup logam atau plastik pembalut
supaya makanan tidak kering dan tidak dapat kering dan elakkan dari penyerapan
bau makanan lain pada dessert tersebut. Dessert ini hanya boleh bertahan 2 hari
di dalam chiller.