Wednesday, December 11, 2013

Objektif
  • Memilih bahan, menyediakan, memasak, menghias, menghidangkan dan mengepek cold dessert untuk masakan barat
  • Mengenalpasti dan menyatakan pelbagai jenis cold dessert untuk masakan barat.
  • Mengamalkan sikap professional dan nilai murni semasa penyediaan dessert dalam masakan barat.


Dessert ialah hidangan manis yang dihidangkan pada akhir hidangan utama atau sesuatu sajian makanan seperti makan tengah hari atau selepas makan malam untuk melengkapkan atau menyeimbangkan lagi hidangan itu. Semasa cuaca panas, dessert sejuk atau dessert dingin beku sangat sesuai dihidangkan terutama selepas makan tengah hari. Dessert juga boleh dipamerkan atau diperagakan di atas troli. Cara ini dapat memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih dessert yang disukai.

Tujuan dessert dihidangkan:
  • Menyeimbangkan hidangan
  • Memberi pelbagai warna pada hidangan
  • Menghilangkan rasa muak

Cold Dessert

Dessert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, mousse, tart dan kek. Dessert ini sesuai dihidangkan dan makan dalam keadaan sejuk. Hiasan seperti buah-buahan, coklat, kekacang atau kekeras yang dipanggan, krim atau sos boleh digunakan.

Cara penyimpanan Cold Dessert

Dessert sejuk perlu ditutup logam atau plastik pembalut supaya makanan tidak kering dan tidak dapat kering dan elakkan dari penyerapan bau makanan lain pada dessert tersebut. Dessert ini hanya boleh bertahan 2 hari di dalam chiller.



No comments:

Post a Comment